Anda seorang PENDIDIK Matematik untuk pelajar Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah?
Anda pernah atau sedang berdepan dengan isu pencapaian pelajar Matematik yang kurang menyerlah??
Antara isu yang sering diajukan oleh pendidik...
Pelajar tak minat belajar Matematik
Pelajar kurang respon dalam kelas
Pelajar sukar faham & jawab soalan KBAT
Ada sesetengah pendidik dah cuba macam-macam cara tapi 'stuck', tak jumpa cara yang sesuai...
Anda nak kami bantu dengan satu pendekatan menarik yang boleh anda aplikasikan semasa proses pengajaran & pembelajaran supaya lebih berimpak?
Kami bawakan khas buat anda ...
Apa yang Istimewa tentang Pembelajaran Berasaskan Inkuiri ini?
Pembelajaran berasaskan inkuiri memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti penerokaan bagi mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.
Terdapat 3 komponen dalam pembelajaran berasaskan inkuiri iaitu
Persoalan
Prosedur Penerokaan
Kesimpulan
Berdasarkan 3 komponen ini, inkuiri boleh dibahagikan kepada 4 tahap iaitu
Inkuiri Pengesahan
Inkuiri Berstruktur
Inkuiri Terbimbing
Inkuiri Terbuka
Bagaimana Bengkel IBME dapat bantu anda dalam menjadikan proses pengajaran & pembelajaran anda lebih menyerlah & berimpak kepada pelajar?
Anda akan didedahkan kepada aktiviti pembelajaran matematik berasaskan inkuiri mengikut tahap pelajar anda, sama ada sekolah rendah atau menengah.
Perkongsian pelbagai aktiviti hands-on yang sesuai dijalankan secara online & offline dapat bantu anda jana idea bagaimana melaksanakan pembelajaran matematik berasaskan inkuiri.
Istimewanya, aktiviti bagi membentuk 'Mathematical Habits of Mind' juga akan didedahkan.
Apa pentingnya 'Mathematical Habits of Mind' ni?
Pembelajaran matematik bukan sekadar untuk pengetahuan, pemahaman dan pengaplikasian konsep.
Juga bukan sekadar untuk mendapat kemahiran penyelesaian masalah, membuat penaakulan dan berkomunikasi.
Pembelajaran matematik adalah untuk membentuk tabiat pemikiran (thinking habit) matematik dalam kalangan murid.
Siapa yang sesuai sertai IBME?
Pendidik Matematik
Guru Sekolah, Tutor Tuisyen, Trainer, Speaker yang mengajar Matematik
Bukan Pendidik Matematik
Ibu Bapa yang nak bantu anak belajar di rumah & sesiapa saja yang nak belajar berkenaan 'pembelajaran berasaskan inkuiri'
Info IBME
TARIKH
8 JANUARI 2022
MASA
9.30 am - 12.30 pm
PLATFORM
Zoom.us
Profil Speaker
Dr Ihsan Ismail
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
PhD - Data Envelopment Analysis (DEA) University of Warwick, UK
M.Ed. - Mathematics Education Universiti Kebangsaan Malaysia
Diploma Pendidikan – Sains dan Matematik Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
B.Sc (Hons) - Mathematics, Statistics and Operational Research University of Manchester, UK
PENGALAMAN KERJAYA
3 MEI 2021 – terkini TIMBALAN KETUA SEKRETARIAT (TEKNIKAL) SEKRETARIAT DASAR PENDIDIKAN DIGITAL, KPM
2 Mei 2018 – 2 Mei 2021 KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN PUSAT STEM NEGARA BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KPM
2016-2018 KETUA UNIT PENILAIAN PROGRAM (MERANGKAP PENGURUS PROGRAM INISIATIF PENGUKUHAN PENDIDIKAN STEM), SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN, BPPDP, KPM
2011 – 2015 PENGURUS KEBANGSAAN PROJEK PISA, UNIT PENYELIDIKAN ANTARABANGSA, SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN, BPPDP, KPM
2003 – 2006 PENOLONG PENGARAH UNIT ANALISIS DAN INDIKATOR, SEKTOR DATA, BPPDP, KPM
Please note:
This action will also remove this member from your connections and send a report to the site admin.
Please allow a few minutes for this process to complete.