Formula Fasih Reka Bentuk Teknologi (RBT)

Anda sudah lama mencari tutor yang boleh menarik minat anak Melakukan Aktiviti Hands On walaupun secara Atas Talian?

Anak anda minat mereka bentuk dan berinovasi tetapi tiada tutor dan guru yang boleh membantu meningkatkan lagi kemahiran dan minat anak anda?

Jom Belajar dan Berinovasi Bersama Cikgu Nora.

Pembelajaran secara atas talian di rumah lebih seronok dan santai dengan sokongan dari cikgu bagi membantu menyiapkan tugasan.

  • Formula/teknik yang menarik untuk memahami konsep Reka Bentuk Teknologi dan mengetahui cara mengembangkan idea reka bentuk.

  • Belajar dari pengalaman dan melakukan pelbagai projek menarik menggunakan Arduino dan Microbit.

  • Belajar pengaturcaraan menggunakan Tinkercad dan mudah untuk murid berumur 7 tahun ke atas.

Belajar tak stress? Tak percaya? Jom belajar dengan Cikgu Nora dulu.

JOM KENAL CIKGU NORA

Digylearn

Saya NORA FASIHAH BINTI OMAR ALI atau dikenali sebagai Cikgu Nora

Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Komputer Perniagaan. Pada Disember 2021 saya telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam Diploma Pendidikan Pascasiswazah Teknologi Pengajaran dengan opsyen Reka Bentuk Teknologi. Saya juga merupakan graduan Diploma Sains Matematik.

Digylearn
Surat Senat Diploma Pendidikan Pascasiswazah Teknologi Pengajaran
Digylearn
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Komputer Perniagaan
Digylearn
Diploma Sains Matematik

Telah memulakan Fasih Smart Learning atau lebih dikenali sebagai FASL di bawah FASL Legacy (202203101279 (AS0447061-P)) yang menawarkan pembelajaran secara ‘Online Learning’ dan ‘Home-based Learning’ di seluruh Malaysia bermula 2022. Walaupun masih baru, kini FASL mempunyai hampir 30 orang murid dari pelbagai tahap pembelajaran dan 5 orang tutor yang mempunyai visi dan misi yang sama bagi melahirkan murid yang cemerlang dan berinovatif.

Digylearn

Fasih Smart Learning MENGAPLIKASIKAN pembelajaran menggunakan aplikasi terkini dan fun learning.

Saya juga memberikan coaching kepada para tutor agar dapat menjalankan kelas dengan baik serta memastikan bahan pengajaran yang digunakan adalah sesuai dengan murid. Terdapat 2 subjek utama di FASL iaitu Matematik dan English. Lebih mengutamakan kemahiran seperti membaca dan mengira. Pendaftaran kini dibuka untuk semua pelajar yang berminat.

Digylearn

Saya telah berada dalam dunia tutoring lebih kurang 4 tahun dan sedang berjinak dalam memberikan latihan kepada bakal guru dalam pembelajaran inovatif.

Saya telah banyak terlibat dalam memberikan latihan kepada pelajar luar negara seperti Sri Lanka dan juga Indonesia tentang cara menghasilkan pakej pengajaran yang berinovatif bagi subjek Matematik dan Seni. Saya merupakan Microsoft Certified Educator dan juga Microsoft Innovative Educator Expert.

Digylearn

Saya juga aktif dalam aktiviti dan pertandingan reka cipta menggunakan Arduino. Salah satu inovasi yang telah di bawa ke peringkat antarabangsa ialah Room Limit Counter ataupun ROMLIC. Inovasi ini digunakan semasa pandemik Covid 19 bagi memastikan penjarakan fizikal dapat dilaksanakan.

Room Limit Counter (RoMLIC)

Pernah menjadi guru penasihat Formula One in School di SMK Pekan Baru bagi membantu murid menghasilkan model kereta yang menepati ciri yang dikehendaki oleh Formula One.

Digylearn

Pernah mengajar di SMK Jengka Pusat 2 sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris selama 1 tahun setengah. Menjalani latihan mengajar di SMK Pekan Baru Muar sebagai guru Reka Bentuk dan Teknologi. Akhir sekali pernah berkhidmat sebagai guru Matematik di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan selama 3 bulan.

Sepanjang perkhidmatan, saya banyak terlibat dalam pembinaan kertas soalan pentaksiran Matematik dan English. Saya juga banyak terlibat dengan aktiviti ko kurikulum seperti pertandingan reka cipta, pertandingan poster guru dan sukan. Mendidik adalah passion saya dan saya tidak akan mengalah untuk teruskan niat murni saya demi anak murid.

Digylearn

Kini saya sedang berusaha menyiapkan modul Inovasi Arduino dan bakal memberikan latihan kepada pelajar UiTM KT berkenaan inovasi menggunakan Arduino.

Aktiviti bersama murid

pengalaman cikgu nora

Digylearn
Bersama Murid SEMSAS Kuantan

+ Menjalani latihan mengajar sebagai Guru Reka Bentuk Teknologi di SMK Pekan Baru Muar Johor.

+ Membantu dan melatih guru RBT di SMK Pekan Baru bagi menggunakan teknologi dalam pengajaran RBT.

Digylearn

+ Membantu lebih 50 orang murid dari umur 6 tahun hingga 17 tahun bagi menguasai subjek Matematik dan English.

+ Pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris di SMK Jengka Pusat 2 selama 1 tahun 3 bulan.

+Mengajar Matematik Tingkatan 1-3 di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

+Terlibat aktif dalam menyediakan soalan pentaksiran dalaman sekolah bagi subjek English, Matematik dan RBT.

+Menjadi guru penasihat kelab reka cipta dan membantu bagi pertandingan Formula One in School 2021 di SMK Pekan Baru Muar.

Digylearn
Bersama Puan Fairuz (Microsoft Malaysia)

+ Menjadi Peer Coach bagi program Microsoft Innovative Peer Coaching Universiti Malaya dan Universiti South East Sri Lanka.

Digylearn
Digylearn
Digylearn
Bersama pelajar University South Eastern Sri Lanka

+Menghasilkan inovasi Room Limit Counter dan memenangi anugerah Perak bagi pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa GDIIDKT 2021.

+ Penulisan kajian berkenaan inovasi Room Limit Counter (ROMLIC) yang telah diterbitkan di Turkish Journal of Computer and Mathematics Education – Design and Development of Room Limit Counter for The Use of Social -Physical Distancing.

+ Menjadi pembantu pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Rafiza Abdul Razak (UM) bagi Program Prof Pelawat Universiti Malaya – Universiti Muhammadiyah Surakarta Indonesia bagi kursus Inovasi Pembelajaran Matematika.

Digylearn
Poster Program Professor Pelawat UM,Malaysia-UMS,Indonesia

+Merupakan Microsoft Master Trainer, Microsoft Innovative Educator Expert dan Certified Microsoft Educator.

+Menghasilkan 2 e-book dan manual berkenaan Microsoft iaitu Note Taking Using Microsoft OneNote dan Immersive Reading With Microsoft Edge.

Digylearn
Digylearn

+ Terlibat dalam menyampaikan pengisian berkenaan mereka bentuk kandungan menarik menggunakan aplikasi PowerPoint anjuran Microsoft Malaysia dan Fedelis.

Digylearn
Digylearn

Sijil Penyertaan dan Penghargaan

Digylearn
Menyertai Program Teacher Tech Summit 2022
Digylearn
Peer Coach Terbaik bagi Program MEPC UM-SEUSL
Digylearn
Sijil Pengurus Dokumentasi Program
Digylearn
Sijil menyertai Bengkel Arduino
Digylearn
Anugerah Perak bagi Pertandingan Graduate Invention, Inovation and Design (GDIID 2021)
Digylearn
MIEE 2021-2022
Digylearn
LOTHI 2021
Digylearn
Pengurus Perjalanan Program MEPC 2021
Digylearn
Sijil E-Poster 2020
Digylearn
MIE Trainer dan MIE Master Trainer

Anugerah dan Pencapaian

Digylearn

+ 5 kali Anugerah ‘Dean’s List Award’ semasa belajar di Universiti Teknologi Mara dalam bidang teknologi maklumat dan mendapat CGPA 3.97 bagi Diploma Pendidikan Pascasiswazah Pendidikan Teknologi Pengajaran Universiti Malaya.

+ Mendapat anugerah Peer Coach Terbaik program Microsoft Training Universiti Malaya – Universiti South East Sri Lanka

+Certified Microsoft Educator

+Best project for Final Year Project : Strategic Planning Monitoring System.

+Silver award : GDIIDKT : Room Limit Counter

“Formula ROhma Irama – Parameter Elektrik”

“Video Menarik RBT”

“Perkongsian Berkenaan OneNote”

“Live di Facebook Fasih Smart Learning”

MODUL GAMIFIKASI

NOTA RBT

Digylearn

SOP KELAS

Digylearn

TESTIMONI DAN REFLEKSI MURID

Digylearn
Digylearn
Refleksi Pelajar SEUSL
Digylearn
Refleksi Murid Kelas RBT
Digylearn
Seronok Belajar Online dengan Cikgu Nora

HUBUNGI CIKGU NORA

Klik button whatsapp di bawah

Digylearn

Dapatkan Kelas dan Modul Percuma Bersama Cikgu Nora

Ingin ketahui lebih lanjut tentang kelas di Fasih Smart Learning. Tekan link di bawah

About Instructor

Not Enrolled

Ratings and Reviews

0.0
Avg. Rating
0 Ratings
5
0
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
No Reviews Found!
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)