Jojo Arabi: Langkah Pertama Saya Happy Ngaji

UNisa · July 28, 2023
Digylearn

Macam macam jenis bahan ajar ngaji ada di pasaran. Apa kata kita tambah jenis bahan digital interactive & paperless pula untuk attract attention anak yang first time mahu belajar ngaji!

Digylearn
Digylearn

Bagaimana JOJO ARABI bantu anak kuasai KEMAHIRAN NGAJINYA yang PERTAMA iaitu mengingat bunyi huruf hijaiyah berbaris atas tanpa perlu dipaksa?

3 GAYA PEMBELAJARAN di dalam Modul Digital Jojo Arabi

1- CERITA JOJO

Setiap huruf akan diperkenalkan kepada anak melalui gambar aksi Jojo dan bentuk huruf berkait melalui kad interaktif. Ada butang audio yang membolehkan anak mendengar cerita dan bunyi huruf. Setiap kad mempunyai 3 huruf.

Objektif: Model ini akan memudahkan anak mengingat bunyi huruf berbaris fathah tanpa dia sedar bahawa dia sedang mengingat dan mengulang sebut bunyi huruf al Quran.

2- AKSI DAN BUNYI JOJO

Dalam setiap cerita, ada aksi dan bunyi yang boleh anak tiru dan lakonkan kembali.

Objektif: Model ini membantu anak menjiwai situasi dan mendapat makna daripada bunyi. Ini memudahkan proses ingat bunyi.

3- MISI KAWAN JOJO

Setelah anak mengingat cerita, mendapat makna dari bunyi huruf dan mengecam bentuk huruf, mereka perlu menyempurnakan misi dengan cara menjawab soalan dalam permainan interaktif online. Ada misi kecil, ada misi besar.

Objektif: Model ini adalah sesi latih tubi membaca dan mengingat bentuk huruf. Walaupun mungkin nanti anak ada salah dalam menjawab soalan, tetapi anak pasti akan mengulang cuba sehingga jaya memandangkan misi ini berbentuk permainan.

Digylearn

Digylearn

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Saya Nur Khairunnisa Iskandar, senang dikenali sebagai Ummi Nisa, pengasas bagi formula ngaji Jojo Arabi. Saya adalah salah seorang ibu yang 10 tahun dahulu pernah menangis merajuk dan marah dengan diri sendiri sebab STUCK OTAK bila nak ajak anak ke-3 bermain atau membaca. Lain macam perangainya. Berbeza sungguh dari 2 orang kakaknya. Tapi Alhamdulillah, asbab anak bertuah seorang ini, saya mula keluar dari zon selesa dan mula melakar dan mereka cipta banyak permainan yang juga berbentuk pembelajaran untuk tarik perhatiannya.

Pendek cerita. Times fly. Masya Allah Tabarakallah. Kini saya merupakan ibu kepada 6 orang anak berusia 2-16 tahun dan tidak pernah ada pembantu rumah. So, boleh bayangkanlah how hectic rutin harian dengan tentera berderet. Memang tidak mudah. Tapi saya percaya setiap cabaran yang tidak mematikan kita sebenarnya menguatkan kita dan menambah kecerdasan akal kita. Setuju?

Digylearn

Digylearn

Maka dengan penuh kerendahan hati, setelah 2 tahun saya dan tim ON THE RUN MODIFIED & BERTERUSAN TEST DRIVE Formula Ngaji Jojo Arabi ini kepada anak kami sendiri dan juga anak murid kami, SEKARANG MASANYA untuk kami kongsikan pula kepada anak-anak di luar sana dengan harapan agar anak dapat mulakan moment belajar ngaji mereka seawal usia dengan rela hati, mudah dan Insya Allah berkesan!

Dan..ada yang special lagi tau. Kami juga turut sediakan HADIAH ISTIMEWA RUJUKAN NAH Ngaji (Nak Anak Happy Ngaji) sebagai tanda sokongan tambahan kami terhadap ibu yang benar-benar mahu ANAK HAPPY NGAJI.

Digylearn

Mahu anak mengaji dengan Jojo?

Dapatkan AKSES ke DUNIA DIGITAL JOJO dengan pelaburan sekali sahaja untuk anak guna berkali-kali. Harga PROMO PENGENALAN JOJO ARABI + BONUS NAH Ngaji hanya serendah RM49!

Klik gambar Jojo sedang racing ini untuk GRAB HARGA PROMO ->

Digylearn

Untuk dapatkan PREVIEW JOJO ARABI secara percuma,

boleh tekan gambar Jojo ketuk pintu ->>>

Digylearn

HAKCIPTA TERPELIHARA. 2023. JOJO ARABI. LANGKAH PERTAMA SAYA HAPPY NGAJI

About Instructor

UNisa

Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan semuanya datang dariNya. Pengalaman yang Allah izinkan untuk saya lalui hampir 20 tahun mengajar Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain, moment gelak tangis menjadi suri rumah sepenuh masa + homeschoolkan anak pertama sehinggalah anak ketiga sebelum mengasaskan tadika ARAS Kids dan Sekolah ARAS Tahfeez di JB, kesemua ini memberi saya peluang untuk berjumpa dan melalui pelbagai cabaran khususnya dalam bidang literasi awal, parenting dan pendidikan. Alhamdulillah ala kulli hal. Ukhwah fillah. Doakan saya dapat menulis dan memberi lebih banyak ya. Barakallah fikum.

2 Courses

Not Enrolled

E-learning Includes

  • 35 Lessons

Ratings and Reviews

5.0
Avg. Rating
1 Ratings
5
1
4
0
3
0
2
0
1
0
What's your experience? We'd love to know!
CMN Digylearn
Posted 7 months ago
Menarik teknik mengaji untuk anak-anak ni

Teknik penceritaan yang bagus untuk anak-anak suka mengaji

×
Preview Image
Show more reviews
What's your experience? We'd love to know!
× Boleh kami bantu? :)