5 Tip Tukar Ilmu & Kemahiran Jadi Produk Digital

Digylearn

Seiring zaman, produk digital semakin mendapat sambutan. Bukan saja dapat membantu menyalur luaskan ilmu dan kemahiran, tetapi juga mampu menjana pendapatan dan membantu tingkatkan kualiti hidup. Produk digital dapat melonjak dengan cepat disebabkan akses / capaian yang mudah dan lebih menjimatkan.

Ada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran berguna yang ingin dikongsikan dengan lebih ramai orang, ada juga ingin menjana pendapatan darinya. Menghasilakn produk digital adalah salah satu cara terbaik untuk merealisasikan impian dan keinginan ini.

Baca Cara Buat Duit Dengan Produk Digital 2024

Ramai yang teringin untuk memiliki atau menghasilkan ‘karya’ berupa produk digital untuk dipasarkan samada berbayar atau percuma. Tapi, tak tahu bagaimana untuk bermula. Isinya dah ada, cuma tak tahu bagaimana untuk diolah.

Jadi, Bagaimana untuk anda Tukarkan Ilmu & Kemahiran anda Jadi sebuah Produk Digital?

Ini 5 Tip Tukar Ilmu & Kemahiran Jadi Produk Digital dari Digylearn

#1 Kenalpasti Target Pelanggan/Pembaca

Bila kita kenal kepada siapa kita nak buat produk ini, ia akan memudahkan untuk kita menyusun pembinaan produk serta pemasaran. Produk yang dihasilkan akan dapat difokuskan untuk menarik minat atau membantu pelanggan/pembaca sasaran lebih mudah memahami kandungan dan mendapat manfaat dari produk digital kita.

#2 Pilih Jenis Produk Digital yang Sesuai

Produk digital ni ada pelbagai jenis, bukan saja Ebook, ada banyak lagi. Antaranya berbentuk video, elearning, online course, apps dan banyak lagi. Anda boleh tahu lebih banyak berkaitan jenis atau format produk digital DISINI.

Pelbagai jenis Produk Digital.

Kesesuaian jenis produk digital yang dipilih bergantung kepada target pelanggan dan juga bahan serta tema yang ingin kita sampaikan.

#3 Jaga Kualiti dan Kemaskini

Kualiti dalam sesuatu produk digital yang dihasilkan akan beri kesan kepada penerimaan pelanggan serta ‘value’ produk. Produk yang berkualiti berkemungkinan besar dapat dijual walaupun dengan harga yang tinggi. Sesetengah produk digital perlu juga dikemaskini dari masa ke masa untuk memasukkan atau edit info baru terutamanya yang mengikut format pembelajaran semasa.

#4 Gunakan Platform yang Tersedia

Anda tak perlu pening nak fikir macam mana nak buat, atau perlu ke nak bina platform sendiri. Nak mudah? Anda hanya gunakan platform yang dah tersedia untuk masukkan produk digital anda. Ada pelbagai platform yang tersedia, samada dari Malaysia atau luar negara. Pilih yang sesuai dan ‘compatible’ dengan anda. Anda boleh pilih yang anda mudah guna, mudah bertanya jika anda tak pasti bagaimana nak masukkan produk anda.

#5 Outsource atau Dapatkan Bantuan untuk Bina Produk

“Ish.. saya ni tak reti nak buat benda ni. Lagipun tak ada masa…”

Anda ada ilmu atau kemahiran nak disebarluaskan, tapi tak ada masa nak bina produk digital atau nak belajar buat produk digital? Senang macam ni, anda cari saja orang yang boleh bantu anda buat produk digital anda.

Macam produk fizikal la, ada orang nak buat produk, dia upah je kilang OEM buatkan produk dia. Sama juga dengan produk digital, anda boleh upah orang buatkan asalkan anda dah ada bahan atau isi serta konsep untuk digunakan dalam proses bina produk tu nanti. Ada platform yang sediakan perkhidmatan bantuan macam ni.

Di Digylearn, kami menyediakan platform untuk anda bina produk digital anda sendiri dengan lebih mudah dan jimat. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk memasukkan atau membina produk digital dalam platform Digylearn, serta bimbingan pemasaran produk digital tersebut.

Digylearn merupakan platform yang dapat membantu merealisasikan impian anda memiliki produk digital sendiri, serta dapat meluaskan ilmu dan kemahiran anda kepada lebih ramai orang.

Bina produk digital dengan pantas bersama Digylearn.

Berminat untuk tahu lebih lanjut bagaiman anda boleh buat modul digital sendiri?

Info lanjut, klik DI SINI!

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)