Cipta Keseronokan Belajar Menerusi Pentaksiran

Digylearn

“Anak-anak jika ditunjukkan cara yang betul, insyaAllah mereka boleh ikut dan patuh.

Selesai program NinjaSifir, saya dan team banyak belajar sesuatu. Antaranya:

(1) Anak-anak yang lebih muda, lebih mudah diasuh dan diajar berbanding yang sudah dewasa.

(2) Ada anak yang mempunyai kemampuan menerima ilmu dengan pantas (Allah izin), tetapi ada yang perlu diajar perlahan-perlahan satu per satu steps untuk berikan ruang otaknya digest ilmu baru. Takpe, jangan rush. Follow je cara anak kita terima ilmu walaupun perlu satu per satu explaination.

(3) Tak boleh bandingkan pencapaian antara anak-anak. Ada cepat, ada lambat. Tapi, fokus pada raikan usaha dan kesungguhan mereka untuk belajar. Yeah!

(4) Anak-anak perlu ada sesi bermain ketika belajar. Di rumah hatta di sekolah. 15 minit belajar – 5 minit rest. Itu antara yang boleh dipraktikkan.

(5) Untuk mengajar anak-anak sekolah rendah, guru/pengajar perlu aktif, rajin bergerak , tidak lemau, sihat tubuh (fit) dan kreatif untuk melatih dan berkongsi ilmu dgn mereka. Ini antara ciri-ciri penting seorang guru muda selain mempunyai ilmu pengetahuan subjek tersebut.”

Ini petikan dari sebahagian perkongsian salah seorang speaker #STPM2022, Dr Ayuni.

Jom kita berkenalan serba sedikit latar belakang beliau!

Beliau merupakan Pengasas dan Guru Kanan Matematik di Akademi Dr Ayuni, Pulau Pinang yang aktif menawarkan perkhidmatan Pusat Tuisyen di Pulau Pinang, Online-Tuition, Home-Tuition, Kelas EJA-BACA dan penerbitan modul-modul akademik bagi subjek asas sekolah rendah.

Berpengalaman selama 7 tahun dalam industri bisnes pendidikan sejak 2015 hingga kini. Berpengalaman melatih hampir 1000 orang tutor dan guru berkenaan pedagogi dan teknik penilaian pelajar yang berteraskan student-centered learning.

Selain aktif dalam perkhidmatan pendidikan, beliau juga merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Kejuruteraan khusus dalam bidang Penilaian dan Pentaksiran Pelajar Menggunakan Rubrik dan kini sedang dalam proses pembukuan buku khas untuk guru-guru sekolah dan pensyarah bertajuk “8 Steps How to Design Your Rubric Effectively” bersama Prof Madya Dr Naziha, pensyarah kanan di UTM Johor.

Pengalaman beliau membina dan menyusun atur rubrik lengkap bagi menilai kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pelajar kejuruteraan pernah dibentangkan di beberapa konferen dan ditulis dalam beberapa buku antaranya buku “Outcome-Based Science, Technology, Engineering, and Mathematics Education: Innovative Practice” terbitan IGI Global, USA.

Selain aktif dalam perniagaan dan melatih para tutor, beliau sendiri merupakan guru kanan bagi subjek Matematik tahap 1 dan Trainer bagi Program Misi Bantu Baca 2021-2022 yang sudah melatih lebih 1000 pelajar belajar membaca secara online menggunakan kaedah EJA-BACA. Tidak terhenti di universiti sahaja, pendekatan penilaian pelajar menggunakan kaedah pentaksiran – scoring tools/rubric masih digunapakai dan dipraktikkan beliau di Akademi Dr Ayuni sendiri untuk melihat keberkesanan kaedah dan penambahbaikan yang boleh dibuat.

Beliau juga merupakan penulis bagi buku NINJA SIFIR di bawah syarikat penerbitan WASAPOWER SDN BHD yang memfokuskan kaedah sifir tanpa hafal untuk membantu anak-anak. Buku Ninja Sifir ini sudah terjual hampir 2000 naskah dan telah membantu lebih 200 pelajar melalui Program Ninja Sifir Online dan Offline sejak tahun 2021.

Fokus beliau ketika ini ialah untuk membantu menghasilkan dan membina satu sistem penilaian pelajar yang lengkap, valid dan yang mampu mempamerkan kemampuan sebenar diri pelajar secara individu dan dalam masa yang sama mampu meringankan tugas guru.

Nak ikuti perkongsian Dr Ayuni dengan lebih dekat?

Digylearn

Dr Ayuni akan berkongsi topik “Cipta Keseronokkan Belajar Menerusi Pentaksiran” pada #STPM2022 yang akan berlangsung 3 Disember ini.

Anda nak join STPM2022?

Info lanjut/Pendaftaran :

Whatsapp https://www.wasap.my/601113172015/STPM2022

atau klik www.digylearn.com/stpm2022

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)