Dari ‘Salesgirl’ Jadi Trainer Pendidik’ Dengan Modul Digital & Fizikal
![Dari 'Salesgirl' Jadi Trainer Pendidik' Dengan Modul Digital & Fizikal 1 Digylearn](https://www.digylearn.com/wp-content/uploads/2022/08/Digital-Marketing-Webinar-Workshop-Instagram-Post-1200-×-628-px-28-1024x536.png)
Dari Salesgirl, Kini Dirisik Jadi Trainer Pendidik!
Nurul Nabihah yang lebih mesra dengan panggilan Chegu Beeha dulunya pernah rasa nak putus asa sebab tiada panggilan temuduga dari mana-mana syarikat yang beliau apply.
Beliau kemudiannya ‘terpaksa’ untuk tak memilih pekerjaan & bekerja sebagai jurujual pakaian.
Atas usaha beliau, ilham dari Yang Esa, berbekalkan doa & kata-kata semangat dari ibu bapa, beliau ‘transform’ dari jadi salesgirl, kemudian tutor sambilan, dan kini dah jadi Trainer bermodul digital & fizikal.
![Dari 'Salesgirl' Jadi Trainer Pendidik' Dengan Modul Digital & Fizikal 2 Digylearn](https://digylearn.com/wp-content/uploads/2022/08/trainer-pendidik-chegu-beeha-cmn-academy-tutor-profesional-malaysia-1024x575.jpeg)
Perjalanan beliau berkembang bukan mudah.
Beliau bermula dengan program Beyond Expectation Tutor, seterusnya program lain yang dianjurkan oleh CMN Digylearn.
Beliau juga turut berkongsi bersama guru-guru Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah & Baling serta Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.
![Dari 'Salesgirl' Jadi Trainer Pendidik' Dengan Modul Digital & Fizikal 3 Digylearn](https://digylearn.com/wp-content/uploads/2022/08/ppd-baling-teachers-tarining-bengkel-guru-1.jpeg)
Perkongsian Chegu Beeha dalam Bengkel Funtastic KBAT STEM bersama Guru-guru PPD Baling
![Dari 'Salesgirl' Jadi Trainer Pendidik' Dengan Modul Digital & Fizikal 4 Digylearn](https://digylearn.com/wp-content/uploads/2022/08/kkl-chegu-beeha-1024x576.jpeg)
Perkongsian Chegu Beeha dalam Bengkel ‘Inovasi Gamifikasi Dalam PdP’ bersama Pensyarah Kolej Komuniti Ledang.
Banyak kali beliau berulang alik dari Melaka ke Bangi untuk menimba ilmu & mengembangkan kemahiran yang beliau ada.
Idea kreatif yang beliau terjemahkan dalam modul & kelas beliau telah menarik perhatian, bukan saja pelajar & ibubapa, malah ada yang sunting untuk buat training kepada tutor.
![Dari 'Salesgirl' Jadi Trainer Pendidik' Dengan Modul Digital & Fizikal 5 Digylearn](https://digylearn.com/wp-content/uploads/2022/08/chegu-beeha-coach-mohdnoor.jpeg)
Jadi beliau mencipta sejarah tersendiri dengan kerjasama Team CMN, berjaya menjalankan program training bersama tutor-tutor di bawah satu institusi pendidikan.
Seronok kita baca kisah ini bukan?.
Semoga dapat menjadi inspirasi kepada anda untuk terus berusaha capai impian.
Ini kisah beliau..
Responses