EDU@INNOVATE UPSI Menjana Kreativiti & Inovasi Era Pembelajaran Moden

Digylearn

Saat yang dinantikan telah tiba bagi mereka yang meminati dunia inovasi dan pembelajaran.

Peluang yang jarang-jarang diperolehi iaitu melihat inovasi terkini dalam dunia pembelajaran di sebuah universiti Malaysia yang umumnya diketahui mempunyai ‘niche’ dalam bidang pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tim Inovasi CMN Digylearn berpeluang bertemu dan melihat lebih dekat inovasi terkini dari dalam dan juga dari negara jiran seperti Indonesia.

Antara booth yang menjadi keutamaan adalah peserta yang sebelum ini pernah mengikuti program yang dijalankan oleh Digylearn dalam pembinaan Modul.

Dr Nora, Cikgu Salmiza dan Cikgu Suhaida dengan inovasi dalam Matematik, Pendidikan Moral dan Sejarah juga mewakili USM di mana Dr Nora telah tamat dan sedang bertugas di Institut Pendidikan Guru. Cikgu Salmiza, Cikgu Shahril Izwan dan Cikgu Suhaida pula sedang menyambung pembelajaran dalam bidang PhD di USM.

Digylearn

Cikgu Shahril Izwan sedang menyambung PhD di USM dan membuat Modul berkaitan ‘Computational Thinking for English’

Digylearn

Cikgu Salmiza juga sedang dibantu untuk membina Modul dalam ‘Problem-solving’.

Digylearn

Inovasi Dr Nora sebelum ini ketika beliau menyambung Phd di USM adalah berkaitan Topik Matematik Pengguna dengan nama modul ‘MapKew’ untuk membantu Guru-guru Matematik melaksanakan PdPc dengan menarik dan berkesan. Modul itu juga telah digunapakai dalam sesi training yang dijalankan bersama guru-guru Matematik sekolah menengah di Pulau-Pinang. Alhamdulillah respon yang diterima juga sangat baik bagi membantu pelajar-pelajar memahami Matematik Pengguna.

Digylearn
Digylearn

Selain itu berpeluang berjumpa dengan rakan lama semasa di UK, Dr Ustaz Samsuddin yang merupakan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UPSI yang mana turut membawa pelajar beliau dalam Edu@Innovate kali ini.

Digylearn

Berkenalan semasa beliau menyambung pembelajaran PhD di Birmigham, UK, inshaAllah bakal bekerjasama dengan Digylearn dalam pembinaan Modul Digital dalam Subjek Pendidikan Islam.

Digylearn
Digylearn
Digylearn

Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari dari inovasi yang dapat membantu audien kita untuk memperolehi pengalaman yang lebih menarik, mudah difahami serta pembelajaran yang lebih bermakna.

Module Creator Digylearn sendiri yang pernah menyertai Inovasi dan memperolehi medal seperti Cikgu Akin, Dr Husniza, Dr Nora, Ustazah Nurwahidah, Ustaz Taufik dan lain-lain juga banyak menerima manfaat dari program sebegini untuk mengembangkan lagi modul masing-masing ke peringkat lebih tinggi. Kami sendiri mendapat jemputan serta peluang selepas menyertai program inovasi.

Jadi kami amat menggalakkan Module Creator Digylearn atau sesiapa sahaja untuk menyertai Pertandingan Inovasi atau Showcase untuk memperolehi pengalaman, networking serta peluang menyebarkan modul masing-masing. Boleh baca tip mendapatkan Gold Award dalam pertandingan inovasi.

Digylearn

Info lanjut bagi yang ingin dibantu untuk membina modul dan inovasi: Modul Digital Interaktif

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)