Fun Math Algebra At SBPI Selandar

Digylearn

Menurut Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mata pelajaran Matematik telah menunjukkan prestasi yang buruk. Daripada jumlah 369,348 calon yang telah menduduki peperiksaan Matematik, seramai 24.3% (89,752 calon) telah mendapat keputusan gagal.

Digylearn

Kalau dulu subjek Matematik SPM antara yang boleh target untuk cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus, subjek Matematik kini merupakan salah satu dari ‘suject killer’ oleh pelajar-pelajar.

Chegu Beeha yang merupakan Speaker Funtastic Matematik CMN Academy dan Module Creator Fun Math At Home telah dijemput untuk berkongsi ‘Fun Math in Algebra‘ at SBPI Selandar.

Pelajar sekolah ini juga menghafaz al-Quran selain mengikuti subjek seperti SBP lain.

Program dimulakan dengan Coach Mohd Noor memberikan ‘energizer’ dan ‘brain gym’ serta Kuiz yang berkaitan dengan Tokoh yang mencipta Formula Algebra sebagai inspirasi dengan dibantu oleh fasilatator Ustazah Nurwahidah.

Digylearn
Digylearn


Kemudian Chegu Beeha memulakan program dengan memperkenalkan konsep asas Algebra dan Persamaan Linear dengan menggunakan kaedah Visual. Ini dapat membantu pelajar dapat memahami konspe dengan lebih mudah.

Digylearn

Diikuti dengan latihan dengan workbook yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Masa yang dinantikan oleh pelajar ialah aktiviti berkumpulan iaitu ‘Puzzle Algebra’.

Digylearn

Ketika rehat, ramai pelajar mengambil peluang untuk bertanya soalan walaupun berpeluang makan di kantin.

Dalam slot kedua, pelajar diberi konsep Persamaan Linear dalam kehidupan realiti bagi mengukuhkan pemahaman mereka sebelum membuat latihan yang diberikan dalam workbook.

Digylearn

Aktiviti yang kedua menyusul dengan lebih mencabar di mana setiap kumpulan perlu present hasil kumpulan masing-masing dengan Pembelajaran Abad ke-21.

Digylearn

Secara keseluruhannya pelajar nampak ‘enjoy’ serta memahami topik Algebra.

play-sharp-fill

Peserta serta kumpulan terbaik juga diberikan hadiah.

Alhamdulillah, pihak sekolah juga berpuas hati dan berminat untuk meneruskan lagi pada sesi yang akan datang.

Digylearn
Digylearn

Terima kasih pihak sekolah atas jemputan terutamanya kepada Cikgu Nuruljawahir, Puan Hajah Salmah, Teacher Mimi dan Cikgu Mastura yang membantu memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Semoga diberkati insyaAllah.

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)