Be The Edutainment Educators

Digylearn

“Apabila nak explain / present kepada crowd kanak-kanak mestilah sepenuh tenaga & berikan mereka gambaran serta gaya, bukan fakta dan teori semata-mata.”

Ini antara perkongsian tip buat pendidik atau presentor/speaker yang dikongsikan oleh salah seorang speaker #STPM2022, Tuan Shahril Sabri.

Jom kita berkenalan serba sedikit latar belakang beliau!

Tuan Shahril Sabri merupakan graduan Professional Certifications London Chambers of Commerce & Industries (LCCI-IQ) in Business Studies Di Institut Professional Baitulmal Kampung Pandan.

Beliau merupakan Edutainment Motivational Speakers yang aktif dalam program pembangunan pelajar sekolah, IPT sejak 2015 dan merupakan Guru Konten di sebuah Syarikat Seed4Future yang memfokuskan kepada pembangunan diri di Media sosial.

Beliau juga menghasilkan karya penulisan Buku Motivasi SECRET RECIPE FOR SUCCESS PUBG bersama 2 Penulis (Syafiq Nasri & Farhan Rahmat), dan telah menjalankan kelas sebanyak lebih 100 siri secara online untuk sasaran pelajar, IPT, usahawan dan kakitangan semi kerajaan sejak PKP tahun 2020.

Beliau juga telah membimbing seramai 26,000 usahawan dalam membina idea content mengikut ‘niche’ mereka dan membimbing usahawan IKS di bawah Syarikat besar iaitu MARA, serta telah mengendalikan lebih 1000 buah Program Bersama Pelajar Sekolah Rendah & Menengah, Universiti, Badan NGO dan juga badan Korporat dalam masa 4 Tahun, dengan pembawakan sebagai Penceramah Edutainment yang menitikberatkan pembelajaran yang seronok mengikut gaya dan Bahasa masyarakat zaman sekarang.

Sejak 2018, beliau sangat dikenali di Instagram kerana sering Viral dengan VIDEO-VIDEO LAGU PARODY DAN CERAMAH SANTAI. Kini sangat dikenali di Tiktok pula dengan membawa ‘niche’ edutainment serta perkongsian idea content untuk usahawan.

Beliau berjaya membina ‘followers’ seramai 100,000 di Tiktok dalam masa 3 bulan lebih sahaja dan pernah memenangi Anugerah Video Inspirasi Terbaik Tiktok musim #SelamatHariGuru dan anugerah ‘Tutor of the Month (April 2021) Kepakaran Tiktok Content Creator’ – Penganugerahan di bawah Tutor Profesional Malaysia.

Nak ikuti perkongsian dari Tuan Shahril dan 4 speaker lain dengan lebih dekat?

Tuan Shahril akan berkongsi topik “Be The Edutainment Educators” pada #STPM2022 yang akan berlangsung 3 Disember ini.

Anda nak join STPM2022?

Info lanjut/Pendaftaran :

Whatsapp https://www.wasap.my/601113172015/STPM2022

atau klik www.digylearn.com/stpm2022

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu? :)